.Cerpen : Rayqal anak bapak.



“Bilik guru besar mana cik? Saya Danial, bapa Rayqal Darwish, pelajar
darjah 3.”

“Oh! Ada appointment kan?”

Danial mengangguk. Kerani pejabat sekolah itu terus menghilang di
sebalik bilik guru besar itu dan tak sampai lima saat, dia keluar semula
dan tersenyum.

“Encik Danial boleh masuk.”

Danial tersenyum. “Terima kasih.” Dia kemudiannya mengetuk pintu bilik
itu dan masuk. Dia melihat Rayqal duduk berdepan dengan guru besar itu
dan kepalanya menunduk.

‘Apa yang anak aku buat ni?’ bisik hati Danial.

“Encik Danial?”

“Ya saya. Maaf saya lewat sikit cikgu. Laluan ke sini agak sesak,
maklumlah, habis waktu tengah hari.”

“Tak mengapa. Macam ini, hari ini Rayqal bergaduh di sekolah.”

“Hah?! Rayqal gaduh? Rayqal?” Danial memandang anaknya. Dia sudah mula
panas hati. Tapi Danial pelik, Rayqal tak pernah gaduh atau buat hal di
sekolah. Pelik? Rayqal budaknya pendiam dan hanya akan bercakap bila
perlu. Dia seperti Rania, persis Rania, mamanya.

Rayqal berdiam diri. Dia langsung tidak bercakap, menjawab pun tidak,
mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak.

“Dia tidak mahu bercakap langsung. Dari tadi saya tanya kenapa dan
mengapa dia memukul Fateha, dia tidak mahu bercakap.”

Danial memandang Rayqal. “Rayqal pukul Fateha? She is a girl, Qal! Mana
boleh lelaki pukul perempuan.” Ujar Danial, agak marah. Tapi dia menahan.

“Fateha okay ke cikgu?” tanya Danial. Risau juga hatinya, nanti mak bapa
budak tu terjah, tak pasal pula. Bukan hendak menangkan anak sendiri,
tapi mesti tahu siapa betul siapa salah. Memang tindakan Rayqal menampar
kawan sekelasnya itu tak betul, tetapi kena tahu juga apa sebabnya
Rayqal bertindak begitu.

“Dia okay. Tak ada apa. Cuma terkejut sebab kena tampar di pipi.”
‘Erkkk… tampar di pipi?’

“Balik nanti saya akan cuba tanya sebabnya. Saya akan pujuk dia. Maaf
cikgu, kerana menyusahkan cikgu.” Ujar Danial.

“Baik, Encik Danial. Apa-apa inform saya.”

Danial bangun dan meminta diri. Dia menarik tangan Rayqal dan keluar
dari bilik itu.

“Are you a hero now Rayqal?” tanya Danial dalam perjalanan ke kereta.

Rayqal di sebelahnya berdiam diri.

Danial memandang tajam anak tunggalnya itu. ‘Tak pernah buat hal, hari
ini buat hal pula!’

“Dia yang mula dulu!” ucap Rayqal, baru kini dia hendak bersuara.

“Kalau dia yang mula dulu, apa yang Fateha buat pada Rayqal?”

“Menyakitkan hati Qal sejak darjah satu lagi!”

Danial terdiam.

“Tapi kalau bapak nak tahu, bapak kena janji dengan Qal satu benda.”
Rayqal menunjukkan jari kelinkingnya yang kecil mengajak Danial berjanji.

“Okay fine.” Danial melilit jari kelinkingnya kepada jari kelinking anaknya.

“Cerita dekat Qal pasal mama, Rania.” Ujar mulut anak kecil itu.
Danial tersentak. Segera dia menarik jari kelinkingnya.

“Pak, you dah promise.” Rayqal memandangnya, minta janjinya ditunaikan.

Bukan baru dia meminta itu daripada Danial. Sudah lama! Tapi sejak
akhir-akhir ini semakin kerap. Mungkin kerana dia sudah mengenjak
dewasa? Mungkin kerana dia sudah pandai melihat sekeliling dan mula
mempunyai banyak persoalan dalam pemikirannya. ‘Arghh… Rayqal!’
Danial terdiam. Dia memandang wajah Rayqal di hadapannya. Mata bundar
Rayqal milik Rania!

“Okay… deal! Balik rumah, bapak cerita. Jom, kita balik.” Danial
menghela nafasnya.

‘Rayqal perlu tahu pasal Rania! Lambat laun dia perlu tahu juga…’

******

“Kenapa Yal? Rayqal kena buang sekolah ke?” tanya Makcik Kamariah,
bergegas mendapatkan Rayqal dan Danial setelah mereka berdua pulang dari
sekolah.

“Nasib baik tak kena makcik. Kalau tidak, buruk laporan dia! Pergi
tampar anak perempuan orang. Apa dia ingat dia hero? Setakat tengok
spongebob hari-hari, tak ada maknanya nak hero! Dia pukul perempuan
bolehlah, kalau lelaki? Tak berlebam biji mata dia dulu!” bising Danial.

Rayqal mencebik.

Makcik Kamariah tergelak. Danial kalau dapat membebel, sampai besok pagi
pun tak akan habis. Berbeza dia dengan Rania! Senyap sahaja, tak banyak
cakap.

“Pak dah janji dengan Qal!”

“Makcik, tolong buatkan saya teh o ais, gelas besar. Saya ada janji
dengan Qal.”

“Janji?” Makcik Kamariah berkerut dahi.

Makcik Kamariah yang dipanggil opah oleh Rayqal itu telah lama menjaga
Rayqal sejak dia belum lahir lagi. Sewaktu Rania mengandungkan Rayqal,
makcik Kamariah sudah ada. Makcik Kamariah tiada pertalian darah dengan
Rania mahupun Danial, tetapi di ambil Danial untuk menjaga Rayqal
sekaligus menumpang kasih seorang ibu. Danial tidak punya sesiapa lagi
di dunia ini, mahupun Rania. Mereka berdua adalah anak tunggal dan ibu
bapa semuanya sudah meninggal dunia.

“Nak cerita pasal Rania.” Ujar Danial.

“Hah?! Tapi…” Makcik Kamariah mahu meneruskan kata-katanya… tetapi
Rayqal cepat menyampuk!

“Hai, opah Kamariah yang cantik, cepatlah buat air, Qal nak dengar
cerita pasal mama.” Rayqal menolak badan Makcik Kamariah menghala ke dapur.

Danial tergelak. Sengaja Rayqal meniru gaya kartun Spongebob bercakap
alih bahasa! Itu tandanya dia hendak sesuatu dengan cepat dan sekarang!
Faham sangat dah Rayqal. Macam Rania, kalau mahukan sesuatu, berpulas
dia membodek.

Hemm… Rania! Kalaulah dia ada…

“Cepatlah bapak!”

“Macam mamalah Rayqal ni!”

Rayqal mencebik.

“Muncung sedepa macam mama juga.” Danial tergelak apabila Rayqal
memasukkan kembali bibirnya ke dalam. Dia sudah bersiap sedia untuk
mendengar cerita mengenai mamanya yang belum pernah dia tahu sebelum
ini. Bapak terlalu berahsia!

“Ready?” Tanya Danial.

“Off course! Its been years…”

Danial tergelak melihat keletah anak tunggalnya itu. Rayqal sudah duduk
di hadapannya, sudah releks. Makcik Kamariah juga duduk di sebelah
Rayqal dan meletakkan teh o ais itu di atas meja.

“So… who is Rania and how I met her… this is how it goes!”
Rayqal tersenyum.

******

Rania menendang-nendang tayar keretanya! ‘Hari ini pula nak buat hal!
Kenapa tak buat hal semalam ke? Besok ke? Kenapa hari nak interview ini
jugalah, nak pancit!! Serius bangang buat lawak tepi jalan, dengan pakai
skirt macam ni, bertudung lilit bagaiii.. tak dapatlah aku nak tukar
tayar pulak!’ bebel Rania. Dia masih menunggu di hadapan keretanya
dengan muka tidak puas hati.

“Kereta rosak?”

“Tak rosak. Tayar pancit.”

“Owhh… seorang saja ke?”

“Ye lah!” ‘Ada nampak orang lain ke? Kalau ada orang lain, dah lama aku
suruh orang tu tukar tayar aku! Apa ke mangkuk dia ni?’ Rania bising
dalam hati.

Tak mahu dia meluahkan apa yang ada di dalam hatinya, takut orang tu tak
mahu bantu! Dia pula tersadai di sini. Sudahlah susah nak berhentikan
kereta.

“Saya pun dah lambat dah ni.”

“Hah?! Habis ni?” Dia menunjukkan tayarnya kepada lelaki itu.
“Saya singgah tanya khabar. Saya tak tanya nak tolong!”

“Hah! Eiiii….” Rania mengetap bibirnya.

Orang lelaki itu ketawa berdekah-dekah apabila melihat Rania muncung 10
ela! Lantas dia memberhentikan keretanya ke tepi dan keluar menuju ke
kereta Rania. Berpakaian segak dengan tali leher berwarna oren. Seorang
yang tinggi dan berkulit sawo matang. Dia menghadiahkan senyuman
manisnya kepada Rania.

“Ada spare tyre?”

“Hah?!” terkejut Rania dengan soalan itu.

“Bukan spare tyre dekat perut… tayar ganti nak ganti tayar awak ni!” Dia
tergelak.

“Cakaplahhh terang-terang!” Rania mencebik dan langsung membuka boot.
“Itu!” Rania menunjukkan tayar itu.

Dia mengeluh apabila menekan tayar itu, lembik, tiada angin.
“Kenapa?” tanya Rania.

“Tayar awak yang ini pun tak ada angin. Kalau ganti pun sama sahaja! Tak
boleh jalan juga.”

“Habis macam mana?”

“Kita cari kereta tunda bawa pergi mekanik saya. Boleh?” ujar dia
menyakinkan.

Rania mengangguk. Dia tiada cara lain! Terpaksa lah nak buat macam mana.
Jalan sini sudahlah sunyi, mana lagi nak dapat bantuan?

“Tapi sebelum saya naik, ada syaratnya.” Ujar Rania. Lelaki yang baru
dikenali ini, lain macam betul baiknya. ‘Tak pasal aku hilang pula.’
Lelaki itu mengerut dahi.

“Beritahu nama awak, saya takut juga awak culik saya!”

“Eh, mana saya tahu, tiba-tiba awak pula yang nak culik saya!”

“Hah?!”

Lelaki itu ketawa.

‘Orang macam ni pun ada? Perasaan…!’ Rania mencemuh dalam hati.
“Nah ambil IC saya ni, pegang. Kalau apa-apa hal, awak cepat-cepat pergi
balai polis.” Dia menghulurkan kad pengenalan itu kepada Rania.

“Mengada!” ujar Rania. Rania mencebik.

Dia tersengih. “Saya Danial.” Ujar dia.

“Rania.” Ujar Rania ringkas.

“Dan saya belum berkahwin.” Ujar Danial sambil tergelak.

“Tak tanya pun!” Rania menjuih bibirnya. ‘Gatal!’

Danial tersenyum lagi. Hati Rania bergetar, tiba-tiba!

******

Sudah lebih seminggu, Rania bekerja di sebuah syarikat swasta itu.
Pelukis pelan macam dia, hari-hari pulang lewat. Kalau tak kena pergi ke
tapak projek, duduk dekat pejabat buat pelan. Dulu sewaktu praktikal,
dia sudah biasa kerja macam ini.

“Cik Rania, nak air teh? Makcik buatkan.”

Rania tersenyum.

“Boleh juga. Saya dok cari diari saya ni, tak jumpa pula. Mana letak
entah!” Rania menggaru kepalanya.

Mencari sampai sudah! Dah seminggu dia tidak menulis diarinya. Mana
pergi hilang diari itu, dia tidak tahu! Sudahlah macam-macam yang
ditulis dalam itu dan yang paling penting, gambar arwah ayah dan ibu.
Itu sahaja yang ada ditinggalkan arwah berdua kepadanya sebelum mereka
meninggal dunia akibat kemalangan ngeri sewaktu dia berusia 9 tahun.
Oleh kerana tiada satupun keluarganya yang tinggal, dia ditinggalkan di
rumah anak-anak yatim. Sewaktu Rania mengenjak umur 21 tahun barulah
harta peninggalan keluarganya dikembalikan kepada Rania.

“Ada benda pentingkah?”

“Penting sangat tu!”

“Baca al-fatihah 7 kali, lepas tu niat dalam hati, nanti datanglah
barang tu.”

“Terima kasih makcik!” ujar Rania sambil tersenyum.

Makcik Kamariah terus berlalu. Selama seminggu ini, makcik Kamariah amat
baik kepadanya. Eloklah, dia tiada emak boleh menumpang kasih emak,
makcik tak ada anak, boleh menumpang kasih seorang anak! Rania terus
bertafakur! Dalam hati pulas dia memohon agak diarinya dijumpai.
Lamunannya tersentak apabila Zeyra memanggilnya.

“Ada orang nak jumpa dekat lobi pejabat!”

“Erkk?? Client kah?”

“Bukan. Dia kata urgent! Dia nak cepat.”

“Hah! Siapa?”

Cepat-cepat Rania turun ke lobi. Dia mengerutkan dahinya, ‘tak ada pun?’
bisik hati Rania.
“Mana dia?” tanya Rania pada Latifah, yang menjaga kaunter di lobi pejabat.
“Nak cepat, dia hanya tinggalkan ini.”

Rania mengambil bungkusan itu.

“Terima kasih.” Ucap dia.

Latifah yang tersenyum.

Rania melihat di dalam beg kertas itu, terbuntang matanya melihat diari
merah kesayangannya itu! Cepat-cepat dia membuka diari itu dan melihat
gambar keluarganya tersemat rapi! Tiada terusik pun. Dia kemudiannya
mengambil surat seperti nota yang terlekat di diari itu.
Maaf lewat nak pulangkan diari awak yang tertinggal di dalam kereta saya
tempoh hari. Saya sibuk dengan convention saya di Singapore. Ini pun
sempat hantar tapi tak sempat jumpa! Saya tak tengok diari awak tau,
serius tak tengok! –Danial-

Rania memegang kad nama Danial yang turut disertakan di dalam beg kertas
itu. Dia membacanya perlahan.

‘Doktor Danial Khalif. Pediatrician. Hemm… Patutlah belakang kereta
banyak sangat anak patung!’ Rania tersenyum.

Rania teringat dia membebel perihal kereta Danial yang terlampau banyak
anak patung dan hadiah yang berkotak-kotak. Terpaksa Rania mengemas pula
kereta itu dan menyusun patung-patung ke tempat belakang, baru boleh dia
duduk di hadapan sebelum boleh naik. Danial waktu itu hanya
tergelak-gelak. Dia langsung tak cakap dia seorang doktor pakar
kanak-kanak! ‘Kalau tidak, aku tak adalah nak membebel! Malu betul!
Orang nak tolong pun dah bernasib baik.’ Rania menepuk dahinya.

Lantas dia mengambil telefon bimbitnya dan menekan nombor telefon yang
tertera di atas kad itu. Rania mahu mengucapkan rasa terima kasihnya
kepada Danial. Dia sudah menekan nombor tersebut, ada bunyi ringing…
tetapi cepat-cepat dia menekan cancel!

‘Mungkin dia sibuk! Nantilah malam sikit…’ bisik hatinya.

Tiba-tiba… telefonnya berbunyi. ‘Nombor Danial! Erkk…’

Rania segera mengangkatnya.

“Saya tahu awak hendak ucapkan terima kasih… saya jawab, sama-sama kasih!”

Rania ketawa. ‘Perasaan!’

“Mana tahu?” tanya Rania.

“Saya boleh bau.

Rania ketawa lagi. Tak sangka Danial seorang yang kelakar. Mungkin
kerana seorang pakar pediatrik kena bersifat seperti ini, baru
kanak-kanak tak takut!

“Kenapa telefon tapi letak, hemm..?” tanya Danial.

“Saya ingat awak sibuk. Tak mahu ganggu!”

“Untuk awak, saya ada masa selalu!”

Ahh.. lelaki! Mulut manis lah nak mengayat!

“Opps… assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam.”

“Saya nak ucapkan terima kasih pada encik doktor sebab pulangkan ini dan
sekalian dengan menolong saya tempoh hari.” Ujar Rania.
”
Sama-sama. Tapi ini bukan cara yang baik untuk ucapkan terima kasih.”

“Hah?! Kenapa pula?”

“Orang kena bersua muka, nak ucap terima kasih. Makan pagi ke, tengah
hari ke… dinner ke? Hemm dinner! How about dinner?”

“Hemmm…”

“Pick up at 8!”

“Hahh!?”

“Saya tunggu depan rumah okay.”

“Uikks… mana tau rumah? Awak tengok diari saya ya!!”

Danial tergelak. Telefon itu segera dimatikan dia.

‘Hampehhh!!’ jerit Rania!

“Rania, teh dah sejuk tu.” Tegur makcik Kamariah.

“Ohh… terima kasih! Minum teh ni lagi bagus dari melayan doktor sakit
jiwa!” bebel Rania, geram. ‘Dia memang sengaja, sengaja cari pasal!’

“Hah?!” Makcik Kamariah terkejut.

“Heheh… tak ada apa makcik. Terima kasih petua tadi makcik. Saya dah
jumpa diari saya dan jumpa orang yang mengambilnya juga!”

“Siapa yang ambil?”

“Doktor sakit jiwa!”

Makcik Kamariah tergelak. Dia mengelengkan kepalanya.

******

Sejak itu, entah mengapa Danial merasakan sesuatu di dalam hatinya,
muncul perasaan cinta buat Rania. Sejak mula berjumpa, Danial sudah
tidak betah tidur. Diari merah itu bukan sengaja dia mahu tidak
memulangkannya, tetapi memang betul sibuk dengan konvesyen nya di
Singapura. Kebetulan dia diperlukan untuk khidmat nasihat kepakaran
kanak-kanak terutamanya tentang penyakit yang dihadapi kanak-kanak yang
berusia dua tahun ke bawah. Maklumlah, sejak akhir-akhir ini banyak
virus yang mula keluar dan mampu merosakkan sistem imun badan manusia
terutamanya kanak-kanak.

Danial tersenyum apabila teringat malam yang dia berjumpa dengan Rania,
di depan rumah Rania tepat jam 8 malam. Berpulas dia memujuk Rania untuk
keluar dengannya malam itu. Bertekak depan pagar lagi! Gara-gara dia
melihat diari itu.

“Tak tengok! Tengok alamat saja.”

“Tak kira lah, tengok juga!”

“Degil betul awak ni!”

“Baik awak mengaku, awak tengok diari saya! Kalau tidak saya tak mahu
keluar.”

“Aikk… awak dah siap cantik-cantik, cun melecun dan berlipstik,
bereye-shadow.. biru lagi.. awak tak mahu keluar dengan saya?” usik Danial.

“Awakkkk!!!” Rania geram. Dia mengetap bibir.

“Ya… saya mengaku. Saya tengok sebab saya nak cari alamat saja.
Lain-lain saya tak tengok!”

“Bagus… mengaku pun!”

Rania beredar mahu masuk ke dalam rumah.

“Ehhh… Rania! Nak ke mana? Tadi janji lain…” ujar Danial menjerit!

“Saya nak pakai kasutlah!”

Danial tersenyum seorang. Sejak pertemuan malam itu, Danial mengajak
Rania keluar lagi. Mula-mula seminggu sekali, kemudian seminggu dua
kali, lepas tu hari-hari… sekarang berlanjutan setiap pagi, tengah hari
dan malam! Orang-orang tua dah kata jangan tak suka dengan orang, nanti
lama-lama terjerat diri sendiri.

Danial melihat jam di pergelangan tangannya. Jam itu jam tangan Rania.
“Ambil ini, supaya awak ingat pada saya.” Danial membuka jam tangan dia
langsung diletakkan di pergelangan tangan Rania.

Rania ketawa. “Besarnya!”

Danial ketawa juga! Gabaiii…

“Ini saya punya, supaya awak juga ingat pada saya!”
“Lepas ini, kita tukar cincin pula.”
“Hah?!”

“Buat tak tahu pula!”

Rania ketawa dan tersenyum malu.

Jam tangan itu dibelek lagi! Tiba-tiba Danial tersedar. Cepat-cepat dia
bangun dan melihat cermin. Dibelek baju melayunya berwarna putih dan
bersampin kemas. Biar nampak segak kerana hari ini merupakan hari
bahagia baginya!

“Opppss.. dah lambat! Hari ini hari pernikahan aku.” Danial tersenyum.

******

“Rumah kita!”

Danial tersenyum memandang Rania. Rania terkejut! Tak sangka surprise
ini yang dimaksudkan oleh Danial membuatkan seminggu dia ternanti-nanti.

“Rumah kita bang?”

“Rumah kita, tempat kita, syurga kita, kita akan besarkan anak-anak kita
di sini!” Bahu Rania dipeluk. Rania keseronokan. Dia meletakkan
kepalanya di dada Danial, rumah di hadapannya tersergam indah. Dia dapat
membayangkan betapa gembiranya, anak-anak berlari-lari bermain di
hadapan rumah ini.

‘Pandai Danial pilih rumah yang lamannya besar!’ bisik hati Rania.

“Suka tak?”

“Sukalah! Nanti bolehlah Rayqal main-main dekat luar ni.”

Rania sudah membayang anak lelaki kecil berlari-lari di dalam taman itu.
Terkekek-kekek dia kegelian apabila Rania mengeleteknya. Segera lamunan
itu tersentak apabila Danial menyoalnya.

“Rayqal?” Danial mengerut dahinya. “Who is Rayqal?”

“Nama bakal anak Ranialah!” Rania tersengih. Dia sudah menamakan anak
pertamanya ialah Rayqal Darwisy! Dia sangat sukakan nama itu.
“Kita baru kahwin seminggu… takkan?”

“Hishhh… apa abang ni! Bakal laaa bakal!” Rania menjuih bibirnya. Perut
Danial disikunya.

Danial ketawa. “Marah pula isteri abang ni! Abang picit bibir tu karang!”

Rania tergelak! Pelukan Danial dieratkan. Dia merasakan bahagia! Seolah
di hadapan jambatan pelangi membawanya berjalan di bawah sinar suria
yang mendoakan dia bahagia selamanya!

“Abang ingin selamanya mencintai Rania, sampai saat abang menutup mata
dan hidup abang! Abang ingin selamanya ada disamping Rania, menyanyangi
Rania sampai waktu memanggil abang!” ujar Danial romantis. Danial
mengucup dahi Rania, isteri yang disayanginya. Lama!

“Choppp!!!”

Danial tersentak!

“Kenapa pula?”

“Ini bukan romantik! Ini plagiat namanya!” jerit Rania.

“Abang reka ni!”

“Tak… abang ambil senikata lagu Ungu, Ku ingin selamanya!”

“Alamak…” Danial menekup mulutnya.

“Kantoiii!”

Danial tergelak.

“Tapi tak apa… apa saja keluar dari mulut abang, Rania suka! Rania
sayang abang juga. Rania janji akan melahirkan zuriat abang! Rayqal
Darwish untuk abang!” Dia mencium pipi Danial.

Danial tersenyum.

******

Genap empat bulan, Rania disahkan mengandung. Betapa gembiranya Danial
mendapat tahu hal itu. Danial menyuruhnya berhenti kerja kerana
kerja-kerja nak pergi ke tapak projek seperti itu tidak sesuai dengan
keadaan Rania sekarang, lagipun gaji Danial sudah mampu untuk menyara
mereka seisi keluarga. Rania berdegil, tidak mahu!

Sejak kandungan itu sudah mengenjak dua bulan, Rania mengalami alahan
yang sangat teruk. Danial kata perkara ini akan berlangsung selama empat
bulan. Alahan dah satu hal, lepas tu gila makan yang bukan-bukan. Susah
pula tu nak mendapat! Kadang-kadang Rania hendak makan sangat makanan
tradisi orang Gopeng, Perak dipanggil kelamai, seperti dodol yang
dimasak di dalam buluh. Terpaksa pula ke Gopeng, menunggu orang itu
membuka kedai. Nasib baik makcik Kamariah orang Gopeng! Tahu tempat mana
yang sedap. Hari itu seharian terpaksa berpusing dari Lumut ke Seri
Iskandar sampai ke Sungai Siput mencari kelapa laut bakar. Menangis,
tetapi isteri punya pasal! Danial ikutkan juga.

“4 bulan baru nak hilang?! Pitammm….”

‘Baru 2 bulan pun aku dah macam orang gila dah ni!’ jerit Rania dalam
hati! ‘Ini semua kerja Danial!’ Marahnya dalam hati. Bibirnya memuncung.

Danial tergelak. ‘Isteriku… isteriku jua!’

“Sabarlah sayang! Nak buat macam mana?” pujuk Danial.

Danial mahu memeluk isterinya. Menjerit Rania!

“Pergi mandi, busuklah!” Rania menekup hidungnya!

“Kan baru sudah mandi ni!”

“Hishh… tak tahanlah! Nak muntah…” Berlari Rania ke bilik air.
Danial menepuk dahi.

“Aduh! Abangg!!!” jerit Rania.

Terkejut Danial dengar jeritan Rania. Berlari dia ke bilik air.
“Kenapa?”

“Sakitlah perut ni. Macam ada bleeding sikit.”

Danial terus memegang Rania, memeriksa nadinya dan tekanan darah. Nasib
baik itu semua ada di rumah!

“Jom, kita ke klinik.” Jawab Danial pantas. Cepat-cepat dia memimpin
Rania keluar dari bilik air dan bersiap untuk ke kelinik. Muka Danial
nampak pucat, hati Rania apatah lagi!

“Abang ni menakutkan Rania lah.”

“Mana ada!” Danial mengelak.

“Pucat semacam, bukan itu menakutkan?”

“Tak ada apalah. Kita jumpa Sofea terus.” Ujar Danial. Dalam hati sudah
berkarang doa yang dipanjatkan!

Sampai di hospital, Dr. Syarifah Sofea sudah menunggu. Sepanjang
perjalanan Danial menelefon kawannya Sofea, menyuruhnya menunggu di
hospital dan dia mahu masuk terus. Dia agak takut! Masuk-masuk sahaja,
Sofea sudah menunggu.

Usai sudah diperiksa, Sofea keluar dari bilik pemeriksaan itu. Wajahnya
sedikit mencurigakan Danial.

“Danial, I nak beritahu something.”

Danial mengerut dahinya. Dia merasakan sesuatu yang serius setelah Sofea
memeriksa kandungan Rania, gaya bahasanya itu agak pelik. Selalu Sofea
excited! Walaupun beratus bayi yang pernah dia bantu melahirkan, dia
akan selalu excited.

“Something wrong?”

“Ada ketumbuhan di dalam rahim Rania. Ketumbuhan itu boleh membesar,
apabila bayi itu membesar. Untuk ibu selamat, we have to do myomectomy,
kena buang fibroid tu dan terpaksa gugurkan kandungan. Kalau kes macam
ini, kita normally akan selamatkan ibu dulu.”
Danial tersentak. Dia terduduk.

Rania yang sudah siap berpakaian, tersenyum melihat Sofea. Dia memandang
suaminya, pelik.

“Abang?”

“We talk later, Sofea. I’ll give you the answer as soon as possible.”
Ujar Danial cepat-cepat. Dia mahu menahan sedih, dia bakal kehilangan
anak sulungnya. Kalau dia tidak buat, dia bakal kehilangan Rania juga!
Danial mengenggam tangan isterinya erat dan mencium lembut tangan itu.

“Abang?”

“Rania nak makan apa, sayang? Kelapa laut bakar?” tanya Danial.

Rania ketawa. “Abang perli Rania!” Lengan Danial dicubit.

Danial mengeluh sakit dan sengaja pura-pura ketawa, dalam hati … tuhan
sahaja yang tahu!
Malam itu, usai sudah bersolat jemaah, Danial mendekati Rania
perlahan-lahan. Dia memberitahu perkara yang Sofea cadangkan kepadanya
siang tadi. Rania tergamam dan tiba-tiba Rania membentak! Puas sudah
Danial memujuk, dia masih marah, bengang, geram!

“Mesti ada solution!” Rania sudah mengusap perutnya.

“Ya sayang, the best solution is to do myomectomy! Fibroid tu akan
membesar ikut baby membesar.” Terang Danial.

“Tak ada solution lain ke bang?” Rania terduduk di birai katil! “Sampai
hati abang tak beritahu Rania tadi. Rania ingatkan semuanya okay. Abang
beri Rania gembira satu hari ini, abang beri harapan pada Rania, malam
ini baru abang cakap, baby kena gugur!”

Danial menggelengkan kepalanya. Dia terdiam! Dia juga turut bersedih.
Tapi dia akan lagi sedih kalau dia kehilangan Rania. Bukan dia tidak
sayangkan bayi yang dikandung Rania tetapi dia lebih sayangkan Rania.
Danial mendekati Rania. Rania dipeluk tetapi meronta minta dilepaskan.
Danial memeluk lebih erat lagi!

“Sayang!” jerit Danial.

Rania terdiam. Dia menangis teresak-esak.

“Kita cuba lagi. Keputusan abang muktamad. Rania lebih penting.” Ujar
Danial tegas.

Akhirnya Rania terdiam dan tidak meronta lagi.

******

Tak lama selepas proses membuang ketumbuhan di dalam rahim itu, Rania
merasakan tekaknya meloya. Sama seperti apa yang dirasakan sewaktu
mengandung pertama dahulu. Mulanya dia tidak percaya, tetapi setelah
membuat ujian kehamilan di pejabat, dia menjadi teruja. Apabila
teringatkan kes ketumbuhan itu, Rania jadi takut.

‘Aku perlu merahsiakan perkara ini kepada Danial! Dia tidak perlu tahu!’

Fobia terpaksa mengugurkan kandungan itu ternyata masih membelenggu
dirinya walaupun sudah beberapa bulan dia mengikut beberapa kelas terapi
diri untuk menghilang rasa itu! Tapi semuanya tidak menjadi.

“Tahniah, awak pregnant lagi Rania.” Ujar Sofea.

Rania mengucapkan kesyukuran kepada Allah.

“Tapi Rania… masih ada fibroid.”

“Hah?!”

“Kali ini baby dah besar. Kita kena buat sekali lagi proses myomectomy.”

“Saya tak mahu!”

“Mesti Rania.”

“Apa komplikasinya kali ini?”

“Severe bleeding!”

“And baby?”

“Would not happen.”

“Kalau saya mahu bayi ini juga?”

“Tak boleh lahir normal dan kena caesarian. But the best way is to do an
abortion.” Ujar Sofea.

“Saya tak mahu! Dan Sofea please… Jangan beritahu Danial.”
Sofea mengerut dahinya.

“Nanti saya beritahu dia sendiri.”

“Rania!”

“I need this baby!”

Sofea terdiam.

“Macam mana pun Sofea, I want this baby! It’s mine!” bentak Rania.

******

Rania buat hal sejak akhir-akhir ini. Dia selalu balik lambat, mood tak
berapa nak betul, asyik nak marah-marah dan cakap kasar! Danial pelik
dengan perangai Rania. Selalu betul nak cari gaduh. Sekarang ini pula
asyik betul bermain dengan telefon. Kalau telefon itu berbunyi
menandakan mesej masuk ataupun ada panggilan telefon, Rania akan
cepat-cepat ke tempat lain. Mereka juga sudah tidak mesra seperti dulu.
Tiada komunikasi antara mereka, zahir mahupun batin.

“You rasa kenapa begitu?” tanya Danial.

Sofea menjungkit bahu.

“Selalu dia pergi buat follow up, dia tak cerita ke?” tanya Danial lagi.

“Tak adalah!” ujar Sofea seakan marah. Dia tahu, tetapi perlukah dia
cakap? Dia sudah memegang etika bahawa rahsia pesakit hanyalah dengan
dia dan pesakit sahaja. Tapi, Danial? Dia patut tahu!

“I tanya sajalah! Marah pula.”

“You bersabar sajalah.” Ujar Sofea.

“My wife okay ke tak Sof? I tengok perut dia macam membesar. I takut ada
fibroid lagilah. Are you thoroughly checking her?” Tanya Danial.
Sofea merasakan rimas.

“Hishh… I know my job, okay. If anything I let you know.”

“Sekarang ini, dia nak pergi hospital pun dia tak bagi I ikut!”

Sofea menepuk bahu Danial, “Just be there for her! I’ll pay, okay!”
Danial terdiam. Sofea telah bangkit dari kerusi dan membayar makanannya
tengah hari itu.

******

Malam itu, sudah hampir 11 malam, Rania tidak balik lagi. Danial sudah
menunggu di ruang tamu. Sekejap-kejap dia melepaskan pandangannya ke
luar. Dia sudah bengang! Telefon pun tak dapat. Rania benar-benar
menguji kesabarannya sebagai seorang suami dan lelaki.

“Thanks Man! Bye!”

Rania melambai-lambai kawan sepejabatnya yang tolong menghantarnya itu
sampai hilang dari pandangan. Keretanya rosak, telefon pula tiada
bateri, dia tidak dapat hendak menelefon Danial yang dia pulang lewat.
Rania melihat ke dalam rumah, masih terang.

‘Aduh! Penatnya! Tak sangka mengandung kali kedua ini, tiada alahan
terus tetapi penat selalu! Orang kata alahan teruk tu selalu lelaki,
kadang-kadang tak betul juga.’ Rania tersenyum. Dia memegang perutnya.

‘Tolong mama sayang! Mama penat ni!’ bisik hatinya lagi.

Danial sudah di muka pintu, membuka pintu untuk Rania.

“Mana kereta?” tanya Danial. Serius.

“Rosak. Bateri kong rasanya.” Jawab Rania.

“Telefon?”

“Bateri tak ada.”

“Siapa hantar?”

“Man!”

“Dia tak ada telefon?”

Rania terdiam. Memang salah dia tak telefon dulu. ‘Bukan tak mahu, Man
pun driver je! Dia pun tak ada credit, macam mana? Lagipun mana ada
sempat nak cari public phone.’ Dia bermonolog dalam hati. Rania malas
hendak bertekak. Yang dia mahu cuma, tidur dan tidur!!
“Rania tak larat abang.”

“Rania!”

Rania berpaling ke arah Danial.

“Kenapa Rania sekarang dah lain macam dah dengan abang? Buat sikap acuh
tak acuh macam ni?”

“Perlukah cakap sekarang bang? Rania serius penat!”
Danial hilang sabar. Entah kenapa dia berasa sangat kecil hati dengan
perbuatan Rania! Dia rasa seperti tidak dipedulikan isterinya. Danial
merengus. Dia mengambil jaketnya dan mengambil kunci keretanya, terus
keluar. Rania tidak menahan walaupun Danial berharap perkara itu
terjadi. Tetapi hampa… Rania buat tidak tahu!

Agak jam 3.00 pagi, Danial pulang ke rumah. Dia menguak pintu biliknya
perlahan dan tidak mahu mengejutkan Rania.

‘Mungkin Rania tidur, tak apalah, esok siang aku akan minta maaf!’ Bisik
hati Danial apabila melihat seperti Rania sedang nyenyak tidur di
perbaringan.

Dia sangat kesal dengan perangainya malam tadi! Seperti kebudak-budakan,
bertindak melulu dan berfikiran tidak rasional! Dia tidak kemana-mana
pun, dia bertafakur di Masjid Negeri di Ipoh. Dia mahu ketenangan,
mungkin angin syaitan banyak merasuknya tadi sehingga memarahi Rania!
Dia teringat kata-kata Sofea to stand by Rania, whenever and whatever
will be!

Danial terus berbaring sebelah isterinya. Dia mahu memeluk tubuh kaku
itu, dia terkejut!

“Bantal? Rania?” Jerit Danial. Bantal peluk itu di baling ke atas katil
dan lantas bangun mencari Rania. Bilik atas semua tak ada, bawah pun tak
ada. Danial rasa tidak sedap hati! Terus dia membuka almari baju Rania.

“Kosong?” kata Danial. Dia mengerut dahi. Dia terduduk! Matanya
tertancap kepada sekeping kertas di meja sisi sebelah katilnya. Danial
membaca perlahan.

Maaf abang. Rania terpaksa pergi dari abang. Maaf di atas semua
kesalahan Rania dan kalau panjang umur kita akan berjumpa. InsyaAllah
kalau jodoh kita masih kekal, kita akan bersama lagi. Doakan Rania,
selamat. –Rania-

Danial terduduk. Yang pasti dia menangis dan terus menangis.

******

Bukan dia tidak mencari, jangan kata dia tidak mencuba langsung mencari
Rania, seluruh pelusuk negeri dia sudah pergi! Rania bukannya ramai
kenalan, Rania juga hidup bersendirian! Sejak peristiwa yang penuh kesal
itu, Rania sudah berhenti kerja, Rania sudah memutuskan semua talian
telefonnya, Rania seperti tiada lagi di dunia ini! Sofea pun tidak tahu
dia di mana. Rania seperti sudah merancang mahu pergi darinya. Tapi,
kenapa? Itu persoalan yang timbul di benak Danial, tidak henti-henti
berputar. Agak lama juga dia tidak betah hidup sendirian, malah tidak
boleh bekerja! Nasib baik, kawan-kawan banyak menyedarkannya.

Sudah tepat 6 bulan 10 hari, Rania meninggalkan Danial. Danial masih
bersedih tetapi dia masih bertahan.

“Rayqal Darwish!” Panggil pembantunya, Ezzati.

Terkejut Danial, dia lantas terbangun, terpanggil kerana nama itu serupa
dengan nama bakal anaknya yang diberikan Rania dulu. Melihat dua
pasangan muda dengan seorang bayi lelaki itu membantutkan kejutannya.

“Kalau isteri saya jadi mengandung, sudah tentu anak saya sudah sebesar
ini. Mesti sama umurnya denga Rayqal Darwish. Namanya sama juga dengan
bakal anak kami itu.” Ujar Danial.

“Ada rezeki adalah doktor.”

“Nampaknya, rezeki tidak berpihak kepada saya. Anyway, encik, puan,
badan Rayqal agak panas, tapi tak ada apa. Makan ubat sudah boleh baik.
Antibiotik jangan lupa makan ya.”

Kedua pasangan itu tersenyum.

“Terima kasih doktor. Saya cukup risau, takut-takut demam apa tadi.
Panas sangat badannya.”

“Dia demam biasa.” Danial tersenyum.

Usai sudah memeriksa pesakit terakhir, dia keluar dari biliknya untuk
makan tengah hari.

“Saya lunch dulu.” Ujar Danial.

“Doktor Danial, ada orang nak jumpa.” Ujar Ezzati.

Danial mengerutkan dahinya. Dia melihat ke arah Makcik Kamariah yang
sedang menunggu di tempat menunggu pesakit di hadapan kliniknya.
“Kenapa makcik?” Dia pelik melihat makcik Kamariah di kliniknya.
“Mari ikut makcik, kita ke wad kecemasan sekarang.”

“Hah?! Makcik? Tapi kenapa…”

“Makcik tak sanggup tengok keadaan Rania memanggil doktor tak berhenti.
Dalam tidur, dalam sakit! Asyik betul menyebut nama doktor!”

“Rania? Rania, isteri saya? Dengan makcik?”

Makcik Kamariah mengangguk.

“Jom, dia tengah nazak!”

“Nazak!?” Danial terkejut. Sempat dia mengucap!

******

Sampai di katil Rania, Danial menjerit! Dia meraung sedih melihat
keadaan Rania yang sangat lemah.

“Maaf, I tak boleh beritahu you, Rania insist me.”

Danial terdiam. Sepatutnya kalau dah macam ini punya hal, Sofea supposed
beritahu! Dia menjadi geram tapi apa boleh buat, benda dah Danial tak
mahu itu berlaku, sudahpun berlaku.

“Ada komplikasi sewaktu pembedahan dan menyebabkan pendarahan yang
teruk. I am sorry, I just cant help it.”

“Go!! Just go please!”

Sofea terus berlalu. Dia merasakan kesal juga. Begini akhirnya! Makcik
Kamariah juga keluar dari bilik itu memberikan peluang kepada Danial dan
Rania yang masih lemah.

“Abang, Rania minta maaf!”

“Syyyhhh… tak mahu banyak cakap sayang!” Dia meletakkan jari telunjuknya
ke bibir pucat Rania. Rania menolak jari itu, dia lantas memegang jari
jemari Danial.

“Mungkin hari ini hari terakhir buat Rania bang. Tapi Rania sudah
mengotakan janji kepada abang, janji memberikan zuriat abang, janji
melahirkan zuriat abang ke dunia ini!”

Danial menangis.

“Jangan macam tu sayang! Tolong jangan cakap macam tu! Kita boleh buat
apa yang kita daya sayang. Jangan mengalah!”

“Sofea sudah beritahu akibatnya abang, abang jangan berdalih lagi.”
Danial terdiam.

“Rania minta maaf, keluar rumah tanpa izin abang. Rania tinggal rumah
makcik.” Rania mengambil tangan Danial, dia mengucup tangan itu lama,
seakan dia tahu dia bakal tiada lagi di dunia ini buat selamanya. Bakal
meninggalkan suaminya yang amat disayangi dan bakal meninggalkan anaknya
menjadi anak yatim, anak yang tiada kasih sayang seorang ibu.

“Rania tak ada salah dengan abang. Sekelumit pun tak ada sayang. Ini
semua salah abang, salah abang kerana memisahkan kita.”

“Abang janji dengan Rania, jaga Rayqal!”

“Abang janji sayang. Abang janji jaga Rayqal dan Rania!”

“Abang tahu, Rania tak akan ada di samping abang! Rania izin abang
kahwin lain, carikan ibu yang baik buat Rayqal. Rania tak mampu untuk
bahagiakan abang seperti yang Rania impikan dan janjikan!”

Danial menangis lagi. Dia mengucup dahi Rania penuh syahdu.

“Beri Rania tengok Rayqal bang. Biar dia rasa air susu Rania pertama dan
terakhir bang. Biar Rania merasakan nikmat seorang ibu sementara Rania
masih ada waktu!”

Menjerit Danial memanggil jururawat, menyuruh mereka membawa Rayqal
kepada Rania. Dia juga mahu melihat Rayqal, kerana dia, seorang ibu yang
sanggup berkorban nyawa untuknya!

Berkejar jururawat itu membawa Rayqal yang sedang merengek-rengek kecil
itu ke atas pangkuan Rania yang lemah itu.

“Anak mama, Rayqal Darwish.”

Danial mengesat air matanya.

“Jangan bangun sayang.”

“Rania, nak bagi susu. Sikit pun jadilah bang, sikit pun tak apalah
bang!” pinta Rania, rayuan itu Danial tidak dapat menolaknya.

Rania menyelak bajunya, seboleh-boleh dia mahu anaknya itu minum
susunya. Itu cukup mensayukan Danial. Tidak henti-henti dia mengucup
ubun-ubun Rania, berterima kasih dan meminta maaf.

Lama itu… Rania tidak bersuara. Lama itu… Rania tidak lagi bernyawa!
Danial meraung… Rayqal yang masih menghisap susu mamanya, sedar-sedar
Rania sudah tiada dan Rayqal seakan tahu, dia menangis lantang sekali!

******

Abang,

Rania mohon maaf sangat-sangat sebab merahsiakan perihal Rania dan
Rayqal dari pengetahuan abang. Ini adalah kerana, Rania mahu melahirkan
zuriat buat abang selagi ada kesempatan waktu buat Rania untuk bersama
abang.

Maaf abang, sebab Rania sengaja membuat hal-hal yang macam-macam sebelum
Rania meninggalka rumah. Itu semua bagi mengelakkan abang tahu Rania ini
sedang mengandung. Apabila Sofea beritahu abang sudah syak Rania
mengandung, Rania terpaksa membuat keputusan mengundur dan menghilangkan
diri.

Rania tidak ke mana bang, Rania tumpang rumah Makcik Kamariah. Setiap
minggu juga, Sofea datang membantu Rania. Jangan salahkan dia kerana
menolong Rania, dia sudah banyak membantu Rania.

Tiada masalah bagi Rania untuk menjaga Rayqal semasa dia berada di dalam
kandungan Rania selama 9 bulan 10 hari itu. Dia anak yang baik dan
menurut perintah, sayang mamanya dan tidak banyak menendang. Rania
berdoa dia juga begitu sewaktu besar nanti. Rugi Rania tidak dapat
melihat anak kita membesar depan Rania tapi mata abang kan mata Rania!
Seperti abang melihat dan menjaganya, seperti itulah Rania.

Rania sayang abang sangat-sangat… hingga bintang, bulan dan matahari pun
tiada tandingannya. Abang satu-satunya cinta hati Rania, tiada orang
lain, tiada siapa-siapa. Ampunkan segala makan dan minum… zahir dan batin!

Terimalah anak abang, Rayqal Darwish bin Danial.

Yang mencintaimu selamanya, Rania

Terduduk Danial membaca surat itu. Diambilnya Rayqal, bayi itu daripada
dukungan makcik Kamariah dan ditenungnya lama.

“Rayqal, anak bapak!” Dia mengucup pipi bayi itu, lama. Basah pipi
Rayqal dengan air matanya. Anak kecil itu menguit, matanya terbuka
sedikit, terjaga dari lenanya.

‘Maafkan abang, Rania! Abang berjanji akan menjaga Rayqal… sehingga
hayat dikandung badan! Selagi nyawa masih tersisa… selagi itu sayang
abang pada Rayqal tak akan hilang, selagi itu juga sayang abang pada
Rania tidak akan hilang!’ bisik hatinya.

“Surat untuk Rayqal tepat usia dia 9 tahun. Rania pesan suruh beri pada
anaknya nanti.”

Makcik Kamariah memberikan surat itu kepada Danial.

“Terima kasih makcik, kerana menjaga Rania dan Rayqal selama ini. Saya
harap makcik sudi duduk dengan saya?”

Makcik Kamariah tersenyum. “Kalau itu yang Danial hendak, makcik tak
kisah. Makcik lagi suka! Makcik dah anggap Rania seperti anak makcik dan
Rayqal seperti cucu makcik dah.”

Danial tersenyum. “Terima kasih makcik.”

******

“Okay, the end…”

Rayqal terdiam. Dia menatap wajah mamanya, Rania. Danial hanya melihat
reaksi anaknya itu. Penuh kejutan. Makcik Kamariah yang ada disitu,
habis tisu sekotak! Rayqal bangun dan memeluk Danial, erat!

“Maaf kerana banyak menyusahkan bapak! Rayqal janji, Qal janji lepas
ini, Qal tak buat hal dekat sekolah lagi, Qal akan belajar rajin-rajin,
Qal nak jadi doktor macam bapak, Qal nak jadi seorang doktor yang boleh
merawat sakit mama Qal. Kalau mama Qal boleh jaga Qal, boleh lahirkan
Qal ke dunia ini, Qal mahu buktikan Qal adalah seorang anak yang berguna
masa besar nanti. Qal bangga kerana ada mama seorang pejuang!”

Danial membalas pelukan anaknya.

“Mama memang seorang pejuang! Dia bukan menjuangkan cintanya, dia turut
memperjuangkan nyawanya!” ujar Danial.

“Qal sayang opah juga.” Rayqal terus memeluk makcik Kamariah.
Danial tersenyum.

“But young man, you have to explained what happen at school today!”
Rayqal pun menceritakan kisah Fateha yang selalu mengejeknya bahawa dia
tidak ada mama, dia anak angkat.

“Dia kata mama tak sayang Qal! Qal benganglah. Itu yang Qal tampar dia tu.”

“But still she is a girl Qal!”

“Esok Qal janji minta maaf.”

“Promise?”

“Yep, promise pak.”

Jari kelinking kedua-duanya itu bersatu. Makcik Kamariah tersenyum.
“Jom kita makan malam?”

“Tak mahu! Qal dah kenyang dan dah mengantuk!”

“Sudah, pi tidur. Dah pukul 10 malam, malam sangat dah ni. Esok bangun
awal, sekolah agama pula.”

“Baiklah opah Kamariah yang cantik!” Sengaja Rayqal mengusik makcik
Kamariah dengan gaya alih bahasa Spongebob itu. Makcik Kamariah tergelak.

Dalam hati Danial… ‘Anak Rania!’ Dia mengelengkan kepalanya.

“Pukul 12 malam ni! Jangan lupa, birthday Qal!”

******

Tepat jam 12 malam, Rayqal meloncat dari katilnya. Saat itu sangat di
nanti! Berlari Rayqal ke bilik Danial. Tepat jam 12 malam itu, genap
umur Rayqal 9 tahun! Danial yang belum boleh melelapkan matanya terkejut
apabila anaknya itu menerjah masuk.

“Qal?”

“Qal nak surat untuk Qal dari mama tu.”

“Its not your birthday yet!”

“Sudahlah pak. Dah pukul 12.01!”

“Happy birthday son!” Danial mahu memeluk anaknya, tetapi Rayqal menepis
tangan Danial.

“Thanks bapak, but surat please!”

Danial mengelengkan kepalanya, dia mengambil surat itu dari bawah
bantalnya. Dia menghulurkan surat itu kepada Rayqal.

“Jangan berjaga lewat malam sangat!”

“Okay.”

Berlari Rayqal ke biliknya. Dia sudah tidak sabar, ini kali pertama dia
mendapat sesuatu dari mamanya, Rania. Rayqal mencium surat itu! Bau
harum… bau bunga ros. Bunga ros kegemaran mama. Rayqal membukanya
perlahan-lahan dan dia menarik nafas panjang! Bersedia untuk membacanya…

Rayqal Darwisy bin Danial, anak mama…

Mama minta maaf, kerana mama tiada untuk berada di samping Qal tapi mama
tahu, anak mama mesti handsome persis bapak! Ketika Qal dapat surat ini,
mungkin bapak sudah menceritakan perihal mama kepada Qal. Mama nak Qal
tahu… bukan maksud untuk mama meninggalkan bapak tetapi mama buat demi
anak mama, Rayqal. Biarpun perit, jerih dan payah untuk mengandungkan
Qal, mama tetap buat untuk anak mama yang disayangi. Mama berharap susu
mama yang sikit itu dapat menjadikan Qal seorang yang sihat, kuat dan
yang pasti Qal anak mama!

Mama tahu betapa peritnya menjadi seorang anak yatim, tetapi lebih perit
kalau menjadi seorang anak yatim piatu seperti mama. Kalau mama berjaya
mengharungi hidup seorang, mama percaya anak mama lebih kuat dari itu!
Sebab dia seorang lelaki dan dia masih ada bapak. Rayqal anak bapak kan,
Rayqal anak mama juga kan… Rayqal pasti boleh. Kalau ada orang ejek-ejek
Qal… Qal be cool saja! Mama tahu anak mama cool person macam bapak,
jangan ikut macam mama! Mama tak sabar. Mama harap anak mama sabar
menempuhi hari-hari yang mendatang, mama juga berdoa agar Qal tenang
menghadapi semuanya.

Kenapa 9 tahun? Kenapa kena tunggu 9 tahun baru Rayqal boleh baca surat
mama? Kerana sewaktu atuk dan nenek tinggalkan mama, mama baru berusia 9
tahun! Waktu itu mama sering tertanya-tanya apakah yang bakal terjadi
pada mama? Dari situ mengajar mama untuk kuat! Mama harap anak mama
begitu. Mama doakan Qal begitu! Kalau tidak anak mama ni tak adalah kuat
menendang perut mama sewaktu mama mengandungkan Qal!
Mama nak mohon bantuan Qal, sekiranya ada seseorang yang bakal
menggantikan mama, terimalah dia, kerana bukan semua orang boleh menjadi
ibu dan sanggup menjaga anak yang bukan anaknya. Walaupun dia
menggantikan mama, kasih sayang mama pada Qal tiada berubah dan tak akan
berubah!

Mama berikan satu-satunya peninggalan arwah atuk dan nenek kepada
Rayqal, iaitu gambar arwah atuk dan nenek untuk Rayqal tahu, Qal anak
mama, mama wujud dan mama adalah ratu hati Qal. Selamanya!

Maaf… surat mama terpaksa berhenti di sini. Banyak hendak mama pesan
pada Qal tetapi air mata ini tidak tertahan lagi sayang! Tapi mama tahu
bapak boleh menjaga Qal dengan baik, mata bapak mata mama juga, cara
bapak cara mama juga. Kalau bapak marah maknanya mama marah juga! Bapak
adalah mama… ikut cakap dia seperti Qal ikut cakap mama.

Jaga diri sayang, belajar rajin-rajin, jangan lupa pada Allah dan doakan
mama supaya mama tenang di sana. Jaga bapak sayang untuk mama! Mama
sentiasa berada di samping Qal, Qal ingat itu! Mama tak pernah
tinggalkan Qal. Happy birthday sayang! Happy birthday untuk yang akan
datang juga!

Ingat Rayqal anak mama… Rayqal anak bapak!

Mama sayang Rayqal, Mama – Rania.

Rayqal menenung gambar itu. Dia tersenyum. Gadis kecil di dalam gambar
itu dikucup mesra. “Qal sayang mama!” ujarnya. Dalam hati akan berazam,
menjadi penjuang seperti Rania.

Tidak sedar, di muka pintu Danial melihat gelagat itu. Dia mengelengkan
kepalanya. Setelah bercerita tentang Rania, dia merasakan beban yang
ditanggung semakin ringan.

“Abang sayang Rania, sayang selamanya! Rayqal anak mama…”

“Rayqal anak bapak!” seperti Rania membisik ditelinganya.
Danial tersenyum… “Rayqal anak kita, sayang. Anak kita!”
__________________

Nota Kaki : Tiada apa yang dapat digambarkan kasih seorang ibu dan bapa
kepada anaknya. Tiada apa yang boleh menjadi galang ganti bagi kasih
itu! Tiada juga terdapat dijual di mana-mana dan tidak boleh dibeli.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa selamanya. Nikmati kasih itu
semasa mereka ada dan bila sudah tiada, doakan mereka senantiasa kerana
bukan semua pengorbanan dapat di balas dengan pengorbanan juga! Kalau
tidak, tak ada orang putih cakap, mak boleh jaga anak sampai sedozen,
mak seorang pun, sedozen anak tak boleh nak jaga! Heh… erkk pepatah org
putih? ~Syamnuriezmil = anak mama dan babah!~

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic