.Siapa SOLEH siapa SOLEHAH??.

بيت المسلم في قلبي ** انشاء الله**


Di dunia ini beratus-ratus juta orang mengaku mereka umat Islam, tetapi untuk mencari lelaki yang SOLEH dan wanita yang SOLEHAH agak sedikit.
Bagi insan yang beriman, nescaya mereka mendapat ganjaran yang berlipat kali
ganda daripada Allah S.W.T)


Firman Allah SWT yang bermaksud :

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, menyuruh manusia melakukan yang makruf dan mencegah daripada perbuatan mungkar, serta bersegera kepada mengerjakan kebaikan, maka mereka itulah orang yang termasuk dalam golongan yang soleh."
- Surah Ali Imran : 114 -

Lelaki Soleh dan Wanita Solehah pasti mendapat kedudukan istimewa dalam agama kerana mereka mempunyai taraf yang lebih tinggi berbanding Muslim yang lain. Ini kerana perkara yang membezakan di antara manusia
hanyalah ketakwaan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
" Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah SWT iaitu Nabi-nabi, Para siddiqin, Orang yang mati syahid dan orang soleh. Mereka itulah sebaik-baik teman. Demikian itu adalah kurnia daripada Allah dan Allah Maha Mengetahui."
Surah An-Nisa' : 69-70 -


** Petikan >> Mencari Pasangan Hidup Mencorak Bahagia Fitrah Insaniah, hasil tulisan Ust Emran Ahmad, terbitan Karya Bestari.

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic