.Cerpen : Hitam dianggap Putih.

Petang itu mendung, disangka hujan, namun setitis air dari langit masih belum turun. Gelisah hati pemuda berjiwa ustaz, untuk bertemu dengan sesorang. Amir Hamzah, pemuda yang ramah, ceria, berpandangan jauh, dan bersih hati nuraninya. Orang kampong mengelarnya ustaz. Walaupun masih muda, punya fikiran yang luas, selalu beri motivasi, namun dihatinya tetap punya kekurangan. Selalu ke masjid atau ke surau untuk mendengar ceramah dan mengaut ilmu yang ada. Penat bekerja di kilang kayu, tetapi ilmu takkan dia tinggalkan.
Langit semakin kelam. Jam di dinding berbunyi. Jam 7 p.m.


“Perlukah aku redah? Tetapi janji tetap janji, mesti dikotakan.” 
Borak sendirian.


Bingkas bagun dari kerusi rotan, menuju ke ampaian di tangga rumah, tangan mencapai sesuatu. Baju hujan. Kaki menuruni anak tangga. Tap tap tap…


“Allahuakhbar.. kunci moto pulak. Gimana aku boleh lupa.”
 Kelam kabut.


Pantas berlari mendapatkan kunci motosikal YAMAHA LAGENDA DBR 1966, hadiah pemberian ayah angkatnya dari Kelantan. Amir seorang anak yatim piatu sejak kecil lagi, dipelihara oleh ayah Che Seman aka ayah angkatnya yang beradal dari Rantau Panjang. Tak hairanlah jika rata-rata orang Kelantan punya ulama terhebat. Segala ilmu diberikan kepada Amir. Orang tua Amir terlibat dalam kemalangan jalan raya di Grik. Hanya Amir sahaja terselamat. Ayah Amir dengan Che Seman adalah sahabat dari kecik lagi.


Ayah Amir berasal dari Kelantan, ibunya saja yang berasal dari Kedah. Selepas ibu bapa Amir berkahwin, mereka menetap di Jitra, Kedah. 17 tahun berada di Kelantan, dipelihara oleh Che Seman seperti anak sendiri.


Kini umur Amir sudah mencecah 23 tahun. Tamat pengajian tertinggi di UIA. Walaupun aliran Syariah, ilmu Ussuluddin tetap dicari. Bagi mengisi sekadar termampu.


*****


Mata ligat memerhati keadaan sekeliling. Mencari apa yang dicari. Kelibat manusia yang dicari muncul dibalik batang pokok. Sufian! Jeritnya memanggil.


“Yo! “
 ringkas Sufian member riaksi.


“Dah lama sampai?”
 sambil tangan dihulurkan.


“Baru nak tumbuh akar. Duduk lame sangat.” 
Sinis Sufian. Slang KL.


Amir terkesima sebentar. Sufian adalah kawan lamanya sejak dari sekolah menengah. Antara orang yang bermasalah ketika dahulu. Perangai Sufian dahulunya membuat guru-guru sekolah amat bengang dengannya. Merokok, lepak, ponteng, dan juga mengganggu pelajar perempuan. Amirlah yang membantu dan membawa Sufian kembali ke pangkal jalan. Kini Sufian bekerja di sebuah syarikat Berjaya Holdings di ibu kota. Kepulangan Sufian untuk membantu Amir berkahwin kerna Amir tak punya ibu bapa. Amir dan Sufian seperti adik beradik. Mujur keluarga Sufian banyak menolong Amir hingga ke menara gading. Kini Amir yang mahu berumah tangga juga ditolong oleh keluarga Sufian dan ayah angkat Amir.


“Pak cik Seman nak datang bile?” Tanya Sufian.


“Besok pagi sampai la tuh. Jom aku hantar hang. Dah nak magrib nih.”Amir kelam kabut. Yelah, solat harus di awalkan. Jangan dilewatkan.


Tanpa banyak bicara, mereka membonceng motosikal bersama pulang ke rumah Sufian. Sengaja Sufian tak bagitahu pada familynya, nak surprise .


*****


“Assalamualaikum!” 
Sufian memberi salam. Salam belum dijawab. Sekali lagi Sufian menguatkan suaranya. Akhirnya salam disahut. Bonda Sufian menyelak jendela. Bibir mengukir senyuman hingga ke telinga. Anak tercinta pulang! Berduyun-duyun adik-adik Sufian diikuti bonda dan ayahnda Sufian.


“Awat tak habaq kat mak dengan ayah yang hang balik?”
 soal bondanya. Nada gembira.


“Dah sampai dah pun, nak bagitahu macam mana, orang telipon takda sapa jawab.” Mimik muka gaya sedih.


“Dah, jom naik dulu. dah magrib nih. Amir, jom naik dulu. boleh bincang pasal akad nikah hang sat lagi.” Ayah Sufian mengajak.


Tanpa menolak, Amir ikut sahaja. Bukan tak mahu, tetapi merekalah yang banyak tolang dia selain ayah angkat Amir, Che Seman. Ahli rumah itu naik ke atas rumah dan pakat-pakat berjemaah sekali.


*****


Seusai solat, kaum Adam akan ke ruang tamu, rehat badan dan minda sambil menonton berita. Perkembangan terbaru perlu tahu. Tak nak jadi katak bawah tempurung! Si kaum Hawa pula akan ke dapur menyiapkan makanan.


“Hantaran dah siap Amir, Cuma tinggal hari akad nikah saja.” Harun Yahya, bapa Sufian.


“La cepatnya. Awat tak bagitahu Amir awal-awal. Boleh saya tolong.”Tersentak Amir, niat nak tolong, tapi dah siap.


“Ye Amir, dah siap pon. Ada dalam bilik mak cik.”
 Mak Ramlah mencela. Sambil membawa air the o panas.


“Ha, dalam dok sembang bab kawen ni, Amir kawen dengan sapa? Dia tak habaq pon. Orang tanya, asyik tukar topik ja.” 
Sufian keinginan untuk tahu siapa bakal isteri Amir.


“Anak Ghazali, Hidayah.” Pak Harun lajuberkata-kata.

Terkesima Sufian. Hidayah Ghazali! Mata airku. Hati Sufian masih tak dapat menerima. Betul ke ni?


“Hidayah Gazali yang dok dekat masjid kampong kita ni?” soal Sufian yang masih tak percaya. Tak dapat menerima hakikat yang sedang berlaku.


“Yelah, kenapa hang ni?” Mak Ramlah kehairanan dengan anaknya itu.


“Eh.. tak dak apa? Saja tanya nak kepastian.” Muka Sufian kembali senyum walaupon pahit yang ditelan. Macam mana buah hati aku dapat kat si Amir nih. Perampas. Bicara benaknya.


“Jadi macam tu sajalah Amir. Nanti kita bawak keluarga Ghazali mai sini, lepas tu kita gi rumah depa pulak.”
 Mak Ramlah merancang sesuatu.


Sufian bingkas dari sofa lembut, menuju ke kamarnya.


*****

Hari yang dirancang telah pun tiba. Keluarga Ghazali sampai ke rumah Pak Harun. Mengadakan kenduri antara keluarga mereka sahaja. Turut serta Pak Seman dan seisi keluarga. Cuma Hidayah saja tak menyertai. Ibu Hidayah tak benarkan Hidayah turut. Rahsia keluarga. Jadi Hidayah duduk di rumah dengan adiknya yang masih bersekolah rendah.


Dalam sibuk mengadakan kenduri, Sufian hilang dari pandangan. Tak siapa perasan kehilangan Sufian. Ke mana dia menghilang? Ke mana dia pergi?


Hati manusia tak siapa tahu. Dendam lama tercungkil kembali. Sufian bukan Sufian yang Amir dan semua orang kenal. Dendam dengan Amir masih belum berbalas, kini buah hatinya bukan lagi miliknya. Memang niat Sufian ingin menikah dengan Hidayah. Tetapi orang lain yang kebas. Bila iman sudah goyah, hati mudah rapuh dek hasutan syaitan. Syaitan terus menggoda. Oleh kerana sakit hati dan dendam, Sufian nekad. Tiba di rumah Hidayah, Sufian memanggil.


“Hidayah! Buka pintu sat.” 
nada lembut Sufian memanggil.


Hidayah membuka tingkap. Abang Sufian!


“Ada apa bang?” 
soal Hidayah. Pelik.


“Abang nak bagi hadiah kat Dayah.”
 Seyum sinis. Tapi hati sudah dihasut.

Pintu rumah di kuak. Lantas Sufian mendapatkan Hidayah. Diheretnya masuk ke kamar Hidayah. Malam menjadi sejuk. Sejuk yang membawa 1 khabar yang memang menyakitkan. Tupai mula menunjukkan taring untuk menebuk buah. Sufian hendak merogol Hidayah. Jeritan Hidayah meminta tolong mengejutkan adiknya di kamar. Adiknya bingkas dari kamar, menuju pantas ke kamar kakaknya. Terkejut, Sufian dan kakaknya separuh bogel. Syaitan terus mengawal diri Sufian. Tak sedar, adik Hidayah ada dalam rumah. Adiknya yang masih sekolah rendah tak punya tenaga untuk membantu, namun dia punya semangat. Dicapainya sebatang kayu di atas almari, kaki menuju laju dan tangan pantas menghayun kayu. Kuk. kepala Sufian dipukul. Pengsan. Kayu yang dipegang oleh adik Hidayah patah. Kayu setebal 15cm, panjang 1depa akhirnya patah. Tangan adiknya mengeletar. Hidayah menyelimut tubuhnya dan menyuruh adiknya pergi memanggil ibunya.

Adik Hidayah hanya menurut perintah. Dengan tubuh yang masih ketar dalam ketakutan, adiknya lari bagai lipas kudung.


*****


“Mak! Ayah! Mak!” Zamri, adik Hidayah memangil ibunya dengan nada yang cemas dan tercungap-cungap.


“Ada apa? Awat ni, macam kena kejar hantu ja! Mana kakak?”
 Mak Ramlah menjenguk ke luar tingkap. Pelik, sepatutnya dia menemani kakaknya.


“Kak.. tolong.. jom balik.. abang Sufian..” 
nafas turun naik. Tercungap-cungap. Kata-kata bertaburan.


Mak Ramlah turun mendapatkan anaknya. “Cuba terang kat mak elok-elok.”


“Kak dalam bahaya. Abang Sufian cuba rogol kakak. Jom cepat.”
Terkesima ibu bapa Hidayah, Pak Harun dan Mak Ramlah juga terkejut. Amir tak percaya. Semua yang ada disitu merasa tempiasnya.


“Jom kita balik tengok.”
 Pak Seman bersuara. Kes macam ni buat Pak Seman naik marah. Pantang tok nenek kalau ada kes macam ini.


Semua berduyun-duyun menuju ke rumah Ghazali.


*****


Hidayah menerkam ibunya dan mencerita segalanya. Pak Harun dan Mak Ramlah merasa malu dan marah atas perbuatan anaknya. Tiba-tiba Mak Ramlah pengsan. Senario kelam kabut. Pak Harun melangkah mendapatkan anaknya yang sudah pengsan.


“Anak setan!” jerit Pak Harun.


Amir masih tak percaya yang Sufian yang dia kenal. Sufian bukan dah kembali ke pangkal jalan? Tapi kenapa dia buat semua ini? Namun dalam hati Amir, dia mengucapkan syukur atas keselamatan Hidayah. Kesucian Hidayah masih terpelihara. Allah telah menyelamatkan keadaan. Mengerakkan seseorang menyelamatkan keadaan. Takdir telah ditetapkan. Segala dendam terbongkar. Sufian memang berdendam dengan Amir sejak dari sekolah menengah. Kerana kepintaran Amir.


Sekarang baru Amir mengerti kenapa Sufian jadi begini.


*****

Saat dunia berhenti berputar, saat manusia tak sanggup lagi berharap. Ketika mentari tak sanggup lagi bernjanji, menyinari dunia yang tak kau singgahi .


Mampukah kau untuk berbagi tanpa hasrat ingin diberi, dihadapanNya, dihadapanmu ya Allah


Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga tanpa ikhlas di hatinya. Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmatnya tanpa tulus di hatinya.
Sufian kini dipenjara 30 tahun dan 80 kali sebatan dibawah Akta Mencabul dan Merogol.

Begitulah kisah manusia bilamana iman rapuh, mudah tergoda dengan hasutan syaitan. Dendam, nafsu amarah, nafsu syahwat adalah sifat syaitan. Makanan asasi syaitan adalah sifat mazmumah. So, hindarilah sifat mazmumah dan dekatilah diri kalian dengan zikrullah, selalu mendampingi al-Quran dan tegakkan solat.

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic