.Sombong dengan Allah.

Sejak hari tu, kata- kata ni selalu terngiang- ngiang kat telinga saya.


"SOMBONG DGN ALLAH!"




Tersentak saya. Masa tu, ayah baru balik dari surau berdekatan rumah. Masa tu saya dan mak dah selesai solat dah. Ayah tanya, "Tak sembahyang jemaah ke?" Memang tak masa tu sebab seingat saya rasanya ada sesuatu yang membuatkan saya dan mak tak berjemaah seperti biasa.


"Nape tak wat jemaah? tula, sombong dengan Allah."


Betul...apa yang ayah cakap tu betul. Saya faham maksud ayah yang mana dikatakan sombong itu. Sombong kerana apa? sebab Allah dah bagi pahala dengan begitu mudah je tapi kita hambaNya sikit tak nak kutip pahala. Tak ke sombong.aduhh. yela, fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:


Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.


Bagi lelaki amatlah dituntut untuk solat berjemaah di surau atupun masjid yang berhampiran. Kalau di rumah, rumah sewa ke, kampus sekalipun, cuba, cuba untuk ajak sahabat- sahabat berjemaah. Saya rasa tak patut bagi seorang lelaki muslim meremehkan solat berjemaah ni sebab dia bakal menjadi imam kepada anak- anaknya kelak. Bagaimana mahu bertindak sebagai pemimpin rumahtangga kalau solat berjemaah dipandang mudah?


Bagi perempuan sangat digalakkan untuk berjemaah sesama ahli rumahnya. Kita belajar berjemaah secara perlahan- lahan, mula- mula buat yang maghrib, isyak, dan bila dah biasa amalkan, cuba buat untuk waktu solat yang lain melainkan keadaan tak mengizinkan.


Senang je sebenarnya nak cari pahala ni, antara nak dengan tak nak je. Waallahu'alam.

No comments:

 
BLOG COPYRIGHT 2014 Ieyra Nazari || DESIGN BY NurAlja Lee || DOODLE BY Fizgraphic